Entry: Selamat tinggal melaka... Tuesday, December 20, 2005



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Dah lama rasanya tidak menulis sebarang berita di dalam blog ni.. macam dah sunyi gitu.. actually.. macam-macam perkara telah melanda.. macam-macam kisah telah berlaku.. tetapi tak dpt lah nak diceritakan semuanya di sini kan...

Paling terkini yang nak dikongsi bersama teman2 ialah.. saya baru berpindah kerja.. no more in Melaka.. now dah berada di Putrajaya.. bekerja dengan kerajaan.. untuk pengetahuan, pada 15/12 ari tu lagi dah kena melaporkan diri di sini.. selepas selesai majlis taklimat.. kami diberikan satu surat.. surat yang mengandungi tempat kami akan ditempatkan selepas ini.. dengan perasaan berdebar2... saya pun membuka la surat tu.. dan alhamdulillah.. tak sangka ditempatkan di area Putrajaya... sebab sememangnya itulah pilihan utama.. dan diletakkan di bawah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri... Unit ni besar juga ada dua blok dan ada 22 seksyen di bawahnya.. kita dibawah seksyen Teknologi Maklumat dan Komunikasi.. ermm...walaupun orang luar asyik cakap government banyak guna outsource.. tapi my seksyen ni kan tak la.. hehe.. banyak juga in-house development.. well.. i'm back again involve with development.. nasib baik la otak ni masih fresh sebab kita banyak juga ngajar and currently masa belajar pun masih la ingat sikit2 programming ni... aduh... kena study balik kan... tapi takpe banyak sifu2 yang dah lama involve ngan programming ni kan.. boleh tanya ek.. :p

Semalam.. melawat semua staff2 .. meninggalkan amanat buat kali terakhir.. sebenarnya akan jumpa lagi tapi yela sebagai tradisi setiap kali orang berhenti.. kita mesti berjumpa dan minta maaf semua lah.. ermmm.. sebenarnya hati ini amatlah terkilankan satu perkara..  pada malam ahad lepas kami ada buat annual dinner..  ingatkan annual dinner tu sekali lah untuk meraikan kami2 yang hendak berhenti.. ada la 4 orang di antara kami.. dua nya meninggalkan sana.. tapi dua lagi tu bertukar ke fakulti.. tapi sehingga ke hujung majlis.. takde pun slot untuk kami memberi ucapan dan penyampaian cenderahati....  ada orang tanya bila nak berucap.. tetapi.. tak de sorang pun daripada committee tu panggil .. jadi takkan kami sendiri nak berucap kan.. malu pun ada... balik rumah rasa sebak sangat.. sedih.. esok hari nye kat ofis.. (hari isnin 19hb tu) agak moody dan emosi sedikit terganggu.. bila terkenangkan rasa terkilan tu je.. mata dah berair dah.. I'm not new staff there.. dah lima tahun berbakti kat situ.. member ofis dok pujuk.. pastu mereka pakat untuk celebrate la saya mlm tu.. terharu jugak.. walaupun tak ramai tetapi mereka mmg best friends pun...  ape lagi dah diberi peluang kita pun mengadu la kat dorang.... kebetulan salah sorang tu adalah salah seorang committee.. dia rasa bersalah.. dan  minta maaf,,. dia mengaku mereka overlooked dan tak organize majlis dengan teratur..  masalahnya.. selama ni.. selama bertahun2... setiap kali staff bersalin.. setiap kali staff nak berkahwin.. dan setiap kali staff nak berhenti.. kita la orang nye yang akan tampil tak tau malu mengutip duit utk contribute sikit sorang untuk membeli hadiah.. sebenarnya bukan lah hadiah tu yang menjadi ukuran.. tetapi tanda ingatan bila orang menghargai kita di saat saat akhir tu yang akan menjadi satu tanda ingatan..tetapi mengapa turn kita..  committee cakap tak perlu lah.. sedih nya.. menangis lagi bila terkenangkan tu semua..  dulu kita jadi bendahari kelab selama bertahun2.. pastu bila hand over kat orang baru.. mereka tak terasa ianya satu keperluan kot.. takkan la kita nak sibuk2 kan sebab bila semua dah hand over.. pandai2 la mereka fikir.. semua dah explain.. tapi kalau itu pun meraka rasa tak perlu.. ianya seperti dah mengubah tradisi.. jadi go ahead.. is ok.. tak sangka pulak bila ngadu kat bendahari baru perasan terkilan tu.. dia berusaha carikan something untuk kita.. ish malu la..  dia rasa bersalah dan menyesal sangat2 sebab tak pernah terfikirkan benda tu... ermmm... yela masing2 yang take over orang-orang baru..... ermmm ....sebenarnya bukan itu yang kita nak.. kita nakkan orang mengenang kita pergi sebagai orang lama bukan sebagai orang baru... sebab yang tinggal hanyalah yang baru.. zaman seangkatan dengan saya semua dah takde.. kak mar dan nani.. kami la first batch yang attach dengan department tu.. semua nya kami buat dari zero.. dari nothing.. tapi bila orang baru dtg.. banyak yang dah disediakan.. just nak orang mengenangkan tu je.. at least kalau kita dtg sana.. melawat dorang.. orang yang baru akan masih kenal siap kita,,,.. ermmmm tak pe lah... semuanya dah lepas.. sedih tetap sedih dan perasaan terkilan ini tak akan dapat dilupakan...

Now dah keje kat tempat baru.. ada training ni.. nak sambung la.. bila bila ada masa dan peluang sambung lagi.. salam semua.. a'kum

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments