Entry: Hanya sekadar satu pesanan.. Tuesday, May 30, 2006



Di satu buku tertulis...

 

"Ketenangan dan kebahagiaan itu adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman; mereka akan tetap berhati teguh, di kala orang mengalami kegoncangan; mereka tetap yakin di kala orang penuh keraguan; mereka tetap sabar ketika orang berkeluh kesah dan mereka tetap berlapang dada di kala orang telah runsing.."

 

Pendapat saya..

 

"Hati orang yang sentiasa cuba mencari masalah.. menipu.. tak berlaku jujur.. cuba mengambil kesempatan.. entah apa yang terlintas di fikiran dia selain daripada untuk kepuasan hati semata-mata.. mungkin gembira melihat orang yang dibuatnya sedemikian bermimpi.. syok sendiri.. buta dengan dunia yang dia ciptakan... dan menangis dengan kekecewaan.. ..ya .. ya.. mungkin benar dia gembira membuat orang begitu.. dia ketawa keseronokan melihat air mata orang mengalir.. dia merasa kepuasan menghancurkan hati seseorang.. tetapi percayalah.. jauh di sudut hatinya yang paling dalam.. dia menderita.. dia keseorangan.. dia tak tenang..dia sentiasa kegelisahan... dia kesedihan.. dia tak bahagia.. kerana itulah balasan Allah kepadanya... "

 

Kepada hati-hati yang pernah terluka.. kuatkanlah diri kita dengan Allah.. semakin kita diduga.. semakin itulah Allah menyayangi kita.. percayalah.. kita sepatutnya berbangga dan bersyukur.. kerana menjadi orang-orang kesayangan Allah.. tetapi kesian dengan mereka-mereka yang tidak pernah merasa insaf dengan apa yang pernah mereka lakukan.. malah mungkin melakukannya lagi.. kerana mereka akan dibiarkan terus lalai dan alpa di dunia yang palsu ini..

 

Kata-kata seorang lecturer saya di dalam satu kursus yang saya ikuti...

 

"Jika kamu meletakkan Tuhan kamu di hadapan kamu..dan dunia di belakang kamu.. . Insyallah kamu akan tetap menjadi salah seorang hambaNya yang dilindungi dan disayangi oleh Tuhan kamu..   namun.. jika kamu meletakkan dunia kamu di hadapan kamu.. dan Tuhan kamu di belakang kamu... maka kamu akan menjadi manusia yang rakus dan alpa di dunia kamu sendiri.... "

 

Jadi berfikirlah..  percayalah di dalam diri masing-masing.. dunia kita kini sedang berada di penghujung zaman.. sudah banyak petunjuk2 telah dipertunjukkan di depan mata kita..  mengapa kita masih ego dan masih ingin melakukan kejahatan di dunia ini... sampai masa kita semua akan mati.. dunia akan hancur.. hanya amalan-amalan dan kebaikan kita yang dapat menyelamatkan kita dari semua bala bencana.. sudah bersediakah kita untuk itu semua.. fikir-fikirkan lah..

 

"Tuhanku.. aku tak layak.. masuk syurgaMu.. namun tak upaya menghadapi api nerakaMu..  terima taubatku.. Engkau ampunkan dosa-dosa hambaMu.. sesungguhnya Engkau mengampunkan dosa-dosa hambaMu..."

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments